Saturday, July 9, 2011

PANDAI TAPI TIDAK BIJAK?????????????

75.9 kg, 38.5",44",39"


Ermm ari ni sumer perintah berkurung kat rumah....kononnya. Thanks to the demonstrators...be it B"%$!^ , P@+%!)# or P#&&@$@...for me ...dalam niat baik tetap menyusahkan orang lain!!!!!!!!!!! MANGKUK BASUH TANGAN!!!


Ayahanda Haji and Bonda Hajah gi makan kenduri naik lrt ari ni.....ermmm...x pasal2 menyusahkan orang tua...tu blum yang nak beranak la emergency nak g spital...yang tetiba sakit la...x lupa gak yang menahan pengeluaran kecil n besar kat tengah2 jalan yang tak bergerak tu...


Well mmg banyak cara untuk demonstrate ketidak puasan hati kan....teringat plak cerita YB FB kat status fb kawan aku ni...





 With that...i share la ngan u olss pasal cerita orng pandai x semestinya bijak....



Ahli Falsafah, Pakar Matematik Dan Pelawak
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang
pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek…

Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab..
kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari
Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan..
lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253×254-45557+(5454×25451) dalam masa 7 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya..
dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat
duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan
kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah
punggung si pelawak tadi..
hakim berkata… 
“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Credit to http://mediaserius.com 

Thursday, June 23, 2011

Puteriawan's Diary

Been trying to shed of few kilos since last errrr 10 ...15 years.... but it seems I love the body fat too much that instead of losing it....I'm gaining more!!!!!

Name the entire slimming product in the market that I haven't tried...its next to none!!

Few months ago I manage to shed of few kilos and few inches from my body...thanks to



I didn't lose so much weight but the inches lost were awesome!!

And I feel damm great bout myself. But as usual...the gaining process is definitely happening without me realizing it :-(  Plus to maintain means more RM is needed :-(

I'm thinking of to start a diary to jot down on my weight (as thou as I never did that before ahaks). But this time I'll go bolder!! I'm thinking of the "Bridget Jones's Diary" concept.



You know...the way she wrote her diary which always starts with her current weight being jotted down on the very first line of her diary. N as for me...the current weight will be the first line that will be written on every entry in this blog. It’s like killing two birds with one stone



1st Bird killed: To ensure that I monitor my weight daily and be serious about it as it will be shown to entire world. (eh nokkkk...ko ingat blog ko ni  femes sampai ada jutaan peminat ker...perasan!!)

2nd Bird killed: With this ...I will have to update my blog at least once in two days to keep track of my weight loss programme


So, what do you guys think....should I or should I not????????

Sunday, June 19, 2011

Let by gone be by gone

Ni bukan entry iklan semburan BYGONE untuk serangga/ nyamuk  yer adik-adik...


Alhamdulillah.....Terima kasih Allah!
Itu jer yang mampu aku ucapkan bilamana isu "break up" antara aku n Encik Ex berlaku secara officially n bukan dalam keadaan tegang.

Yes..mungkin ada antara korang yg kata..WHAT IS THE BIG DEAL??? but for me ...it is a big deal!! It has been an on off kinda relationship yang membuatkan aku sangat tertekan....


The song suits well with the situation before the event took place...






kamu seperti hantu
terus menghantuiku
kemanapun tubuhku pergi
kau terus membayangi aku

salahku biarkan kamu
bermain dengan hatiku
aku tak bisa memusnahkan
kau dari pikiranku ini

reff:
di dalam keramaian
aku masih merasa sepi
sendiri memikirkan kamu
kau genggam hatiku
dan kau tuliskan namamu
kau tulis namamu

tubuhku ada di sini
tetapi tidak jiwaku
kosong yg hanya kurasakan
kau telah tinggali hatiku




Tuesday, June 14, 2011

Storm Rider... Kenangan Mengusik Jiwa



The Storm Riders is a 1998 Hong Kong film based on the manhua series Fung Wan by artist Ma Wing-shing. Directed by Andrew Lau, it starred Ekin Cheng as Wind and Aaron Kwok as Cloud. The plot involves two children, Whispering Wind and Striding Cloud, who become powerful warriors under the evil Lord Conqueror's tutelage

Semalam sawan jap tengok citer ni kat tv! After a long time...baru tengok balik cerita ni....wendu babe!! Citer ni ada nostalgia tersendiri tau......

Dari cerita ni la ....lahirnya PUTERIAWAN!

Masa tahun 1998 tu .... dalam tahun tu, aku rasa aku tdo bape jam jer sehari...sebab malam-malam slalu chatting!!!! Bonda Hajah memang asik melenting jer sebab tiap kali bangun tengah malam...confirm nampak seko makhluk tercongok depan PC!!! Kalau x kuat iman ...memang pengsan Bonda Hajah...he he he...

Aku rasa zaman2 tu ...IRC, ICQ....apa tah lagi....sangat fames ames dek non....seyess!!! Tp zaman tu blom ada broadband...tu pasal ley chatting malam-malam jer...lau tidak...asik engaged jer la telepon rumah!! Almaklumla...zaman ni bukan sumer orang mampu pakai tipon bimbit yang gabak tu ha  ha ha

 **Cuba ko bayang kalau dia ada lebih dari 1 phone...mana nak letak yer...kok letak dalam poket...muat ker??**

Berbalik ke cerita asal usul nama PUTERIAWAN ni.....

Dek kerana kegilaan aku terhadap watak Cloud lakonan si Aaron Kwok ni ... aku pun mengabadikan nama dia as my nick name masa chatting ...tp aku melayukan ler nama ni...jadik la AWAN. Yang tak syioknya...ramai pulak awek2 yang menegur aku masa chatting tu...eh eh...diorang ingat aku ni jantan ler plak....adeeeeehhh.....

Tu satu hal...yang jantan-jantans ni...x abis2 ajak aku WAR (sape yang chatting kat IRC tau la pebenda jadah yang aku citer ni)..pening otak aku!

Tak bley jadik ni....pk punya pk punya pk....last2 aku amik keputusan untuk mem-perempuan-kan nick name kegilaan aku ni....

Maka...lahir la PUTERIAWAN di IRC...jangan memain babe...aku siap register lagik nama ni...I even have my own chatroom ..#AWAN...

Then dari situ...aku ada geng2 chatting (termasuk la scandal2 online ahaks)...

PedangAwan
kenkononnya Kekanda Puteriawan....lama2 jadik Kanda Dinda plak...aisshhh citer lama tu he he he...malu..... ahaks

Carlito
encik kontraktor yang tiada perasaaan...sukati dia jer...

Michelia Chempaka
penasihat Puteriawan...di alam maya n di alam nyata ...tp biasalah....Puteriawan punya telinga jenis lubang tembus kiri ke kanan...kanan ke kiri....x de stopper in between..hangin jer Cik Chempaka ni ngan aku he he he (p/s: aku sayang ko cik eheheh)

Jennipe Lopeh
ni ada pertalian sedara gak nieh (real punya...bukan virtual)

Ermmm ramai lagik...x bley recall....sorry korang....

Mesti korang tak caya bila aku kata yang panggilan Awan ni melekat kat aku bila chatters ni jumpa kat luar chatroom...maybe agak janggal untuk diorang panggil aku dengan nama aku or maybe diorang selesa dengan nama Awan...nama yang aku bahasakan diri aku bila berchatting.

Mana lak datangnya LANGIT KE 7 tu?

Korang2 yang dah lama chatting mesti tau kan FAQs bebudak hingusan slalu guna...

A/s/l pls.....

Perrrrrggghhhh!! Aku cukup nyampah kalau kena FAQ ni...!!!

Aku bosan ngan mende2 skema ni.....people who know me tau aku suka merepek meraban...jadi...untuk mengelakkan jawapan stereotype...aku pun wat la template jawapan

A: Masih muda
S: x reti2 ker tengok nick tu...dah tentu la pompuan
L: langit ke 7.....Tuan Puteriawan la katakan...

Sengal aku kan he he he

Tapi zaman-zaman tu memang meninggalkan banyak kenangan manis...kalau boleh...aku nak jumpa ballik geng2 chatting aku ni...walaupun diorang ni pala otak GILER tp ati baik...

ANDAI DAPAT KU UNDURKAN PUTARAN DUNIA....(tetiba terngiang2 lak lagu AXL’s...ermmm)

Apa2pun...aku still ingat kat korang sumer...aku doakan korang bahagia di samping family masing2...kalau ada rezeki...Insya Allah kita akan bertembung kat mana2....tp x tau la masa tu kita kenal atau x lagik antara satu sama lain...Aku mintak maaf la kalau masa chatting dulu...gurauan bangang aku ada yang menyinggung perasaan....pada aku korang memang terBEST!!

Sob sob sob.....(ni apa motif akhir cerita cam drama swasta lak nieh??????)

Friday, June 10, 2011

Cinta tu ........

Kata orang dulu-dulu......................................

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara
Kerana kekasih hamba turutkan ...


Kata- kata orang sekarang.........................................

When you love someone you'll do anything 
You'll do all the crazy things that you can't explain 
You'll shoot the moon put out the sun 
When you love someone 
You'll deny the truth believe a lie 
There'll be times that you'll believe 
you can really fly 
But your lonely nights have just begun 
When you love someone 
When you love someone you'll feel it deep inside 
And nothin' else can ever change your mind 
When you want someone - when you need someone 
When you love someone 
When you love someone - you'll sacrifice 
You'd give it everything you got and 
you won't think twice 
You'd risk it all - no matter what may come 
When you love someone 
You'll shoot the moon - put out the sun 
When you love someone


KESIMPULANNYA.........................................
Cinta Boleh Membuatkan Manusia Berfikiran Kurang Waras n Membuat Keputusan Bodoh Al Bangang N Sesuka Hati....
Ermmm...ntah la....Dunia....Dunia...

Wednesday, June 1, 2011

Shattered into million pieces...

It has been sometimes.....

I think i have forgotten how does it feel...how hurt it could be..

But it happened again....

It's really hurt when your heart is crying instead of your eyes...

It's really hurt when someone you care,someone you love 
remind you verbally that you should not let your heart rule over your head..... 

Friday, May 27, 2011

Label

Saw this on my friend FB wall....


So I message her on her FB...
========================================================

Kaunselor-Tak-Bergaji
Salam

Ermm terbaca something on your wall. Bukan nak nyibuk...tapi just wanna share my tots.

Memang la sedih kalau ada orang melabelkan kita ngan satu perkataan yang teruk..tapi tak yah la sedih2 sangat...

Napa?

Sebab...lelaki tu tak cukup lelaki hokey! Sebab apa saya cakap macam tu?

1. Kalau dia lelaki, dia tau menghargai perasaan seorang wanita...apatah lagik kalau wanita tu dia sayang (bukan la jaga hati membabi buta...tapi berpada2)

2. Kalau dia cukup sifat seorang lelaki, dia takkan tuduh membuta tuli dan menggelar perempuan dengan panggilan yang hina melainkan perempuan tu mmg berperangai hina (yang ni memang kes carik pasal la kan)

3.  Orang yang label awak S*&%#L tu....bukan lelaki, tapi pengecut! (sori teremo plak) sebab kalau betul2 awak S*&%#L .... tapi dek kerana dia sayang awak...dia akan amik risiko dan bimbing awak ke jalan yang betul! 

Lagipun dia tu perfect sangat ker? Baca Al Fatihah betul sangat ker harkat ngan tajwidnya? Mampu ker imam solat jemaah? Boleh ketuai bacaan surah Yassin? Ada berani ker...cuba awak cabar dia sekali

So jangan sedih sebab awak bukan macam yang dia labelkan awak kan. Awak kena ada pride ckit...jangan tunduk sangat..sayang memang sayang...tapi adakah anda cukup waras dan bersedia utk hidup dengan orang yang suka merendah2kan martabat awak seumur hidup awak???


Fikir jangan tak fikir...mungkin awak rasa saya tak layak nak bagi pendapat...tapi awak jugak kena ingat, saya pun bukan muda...dah 3 series dah pun J


Apa2pun...jangan la sedih sangat...u know that u are not what he labelled u.

========================================================

Pesakit-Tak-Berdaftar
Thanks.. ermm boleh tak klu boh ayat2 ni kat wall.. biar dia terasa sket.. nak hajar sket...wlupon skrg da rs sangat.. tapi tetap feel bad..
lg elok klu awak yang send kat wall saya.. hehe

========================================================

Kaunselor-Tak-Bergaji
Tak payah la saya send kat wall...saya malas nak create havoc ngan mamat telo 3 suku...my concern is only for you sebagai seorang perempuan..kalau u sendiri tak hargai yourself, mamat telo 3 suku tu boleh buat apa jer ngan u....

========================================================

Pesakit-Tak-Berdaftar
Hmmmm..actually dia sangat baikk.. cuma dia tak suka pic saya tersiar di fb open jerr lebih2 lagi tak pakai tudung dan nmfikir aurat.. tu yang dia label mcm nk tayang body umpama sundal.. mmg ayat tu nmfikir kasar giler..wlupon niat dia baik..tapi mulut dia ya allah.. mcm longkang.. sekali kuar ayat bila dia marah,,mcm tu laa..

========================================================

Kaunselor-Tak-Bergaji
yr choice...i've been in love before...so i paham what is your feeling towards him...regardless what he labelled u or what he did to u...like i said..it’s only my 2 cents tots...

========================================================

Pesakit-Tak-Berdaftar
setakat saya kawan dengan dia tak penah wat benda tak senonoh.. hatta cium pipi pun tak.. pegang tangan..normal bila nak melintas ker.. selalu ingatkan saya supaya solat..
Tp tu lah, satu2 yang dia tak suka.. gambar or bercampur dengan lelaki.. perhhhh....byk2 lelaki yang saya kawan, dia la lelaki paling direct bila nak menyound orang.. tak tapis2 dahhh.. kdg2 memang sakit hati, tapi part label sundal tu yang susah sket nak terima...melampau sngguh..
Betul la apa yang awak ckp tu.. tapi saya tgk juga dari segi positif.. biasa orang yang mulut jahat ni..hati dia baik.. anyway thanks for ur tots, hehe.. i really appreciate it

========================================================


Nota Pelempang:

Perempuan selalunya akan terima jer perlakuan buruk lelaki kerana perasaan sayang yang menebal...

By the time i nak buat entry ni, I perasan yang mamat telo 3 suku tu dah delete comment dia dari FB minah ni...and his comment...Masya Allah...orang hati kering pun boleh berdarah kembali..

Nuthing much can I do bila minah ni boleh terima penglabelan yang diberi oleh mamat telo 3 suku ni. I cuma berharap minah ni sedar la yang bukan sumer jantan ada kualiti untuk dijadikan suami.....abaikan jer mulut2 cabul yang menggelar anda ANDALUSIA, sbb kalau anda ada masalah rumahtangga, ingat nak ker mulut2 cabul ni menolong anda?? Silap2 diorang tepuk tangan sambil menuding jari mengatakan itu salah anda...ermmm standard la...pompuan kan....!!!!!!!!! Jeles tengok kebahgiaan orang lain tapi gembira gelak ketawa bila ada perempuan lain terluka....KENYATAAN HIDUP!!!