Thursday, April 21, 2011

BEWARE!!! Part 2

Oleh kerana aku bengang gila...jd entry kali ni aku buat sambungan dari entry yang pertama dulu ...yang mana?? Entri yang ni la


Senang citer.....aku tepek la report aku buat masa untuk submit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia...biar korang tau citer sebenarnya..please take note yang ini adalah cerita benar dari pengalaman aku sendiri and nama2 yang aku gunakan ni adalah nama sebenar...xde cover2 untuk binatang2 peliharaan Dajjal ni okeh!!




Penipuan Agensi Pembantu Rumah

Pada 28 Oktober 2010, saya telah melayari laman web http://melakacity.olx.com.my/perkhidmatan-pembantu-rumah-dari-indonesia-cambodia-pekerja-asing-iid-102753163 bagi mencari agensi yang membekalkan pembantu rumah dari Cambodia. Melalui laman web tersebut, saya telah menghubungi agensi pembantu rumah Loyal Quest Sdn. Bhd. (LQSB) dan berurusan dengan Saraswathi Sivabalan untuk mendapatkan butiran biodata pembantu rumah. Saya telah dibekalkan dengan 4 biodata pembantu rumah Cambodia.
Pada 2 November 2010, saya telah menghantar salinan Memo Periksa Keluar melalui email bagi pembantu rumah yang terdahulu serta mengesahkan pengambilan pembantu rumah baru melalui agensi LQSB. Saraswathi telah meminta saya untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM4000 dan menghantar dokumen untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebagai permohonan.
Pada 8 November 2010, saya telah memasukkan wang sebanyak RM4000 kepada akaun CIMB LQSB (no akaun 1411-0000206-100) dan telah menghantar bukti pembayaran melalui faks kepada pejabat LQSB.
Pada 12 November 2010, saya telah menyerahkan dokumen seperti : 2 keping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan borang EA tahun 2009, bil telefon, salinan kad pengenalan ibu,salinan surat beranak, surat dari klinik kerajaan mengenai kesihatan ibu dan juga Memo Pas Keluar pembantu rumah yang terdahulu. Serahan di buat di pejabat LQSB yang bertempat di Suite 8C, Level 3, Blok C, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam. Resit pembayaran yang mengandungi butiran bayaran pendahuluan sebanyak RM4000 telah diserahkan kepada saya.
Saya telah menerima panggilan dari Wan Farihah Wan Chik, pekerja LQSB yang bertanggungjawab membuat penyerahan dokumen kepada Jabatan Imigresen meminta supaya memasukkan sejumlah RM350 ringgit ke dalam akaun peribadinya kerana dia mendakwa yang dia telah mengeluarkan wangnya untuk membayar denda sebanyak RM250 yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen semasa dia menghantar borang permohonan saya kepada Jabatan Imigresen. Mengikut Wan Farihah, dia juga telah dikenakan bayaran sebanyak RM100 untuk mendapatkan informasi dari pihak Jabatan Imigresen mengenai pembantu rumah yang terdahulu. Saya cuba melengahkan kemasukan wang tersebut kerana saya ingin mendapatkan kepastian dari pihak Imigresen. Tetapi atas desakan  Wan Farihah, pada 8 December 2010, saya terpaksa memasukkan RM350 ke dalam akaunnya peribadinya (MBB 158051312506) sebelum saya sempat mendapat maklum balas dari Imigresen. Wan Farihah menjanjikan bahawa pembantu rumah saya akan dihantar selewat-lewatnya 3 minggu dari tarikh diatas.
Pada 21 Disember 2010, saya telah beberapa kali menelefon pejabat Loyal Quest Sdn. Bhd. Tetapi tiada jawapan. Saya telah juga telah menghantar email untuk bertanyakan tentang status permohonan saya. Tiada jawapan yang diterima. Saya menghubungi Saraswathi dan diberitahu bahawa agensi itu telah ditutup dan pemiliknya melarikan diri. Oleh yang demikian tiada pembantu rumah yang dapat dibekalkan kepada saya walaupun saya telah membayar wang pandahuluan.  
Pada 12 Januari 2011, Jabatan Imigresen telah mengesahkan bahawa tiada bayaran denda yang telah dibayar atas nama saya dan berdasarkan dokumentasi yang lengkap, saya tidak seharusnya dikenakan denda.
Pada 18 Januari 2011, saya telah membuat laporan polis mengenai penipuan yang dilakukan oleh LQSB dan Wan Farihah. Di dalam aduan tersebut, saya ada menyatakan bahawa saya menuntut LQSB memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM 4000, Wan Farihah memulangkan semula RM350 yang telah dibayar kepada akaun peribadinya beserta semua dokumen yang diberikan untuk tujuan pengambilan pembantu rumah. Saya juga menuntut supaya bayaran haruslah dipulangkan dalam masa 3 hari dari tarikh laporan dibuat. Laporan polis tersebut telah saya fakskan ke pejabat LQSB.
Saya mendapat tahu bahawa Wan Farihah ada menghubungi Saraswathi dan memberitahu Saraswathi bahawa saya telah membuat laporan polis. Jika benar pejabat LQSB telah ditutup, bagaimana Wan Farihah mengetahui mengenai laporan polis yang saya fakskan ke pejabat LQSB?
Oleh kerana tiada apa-apa tindakan dari LQSB dan Wan Farihah, pada 23 Januari 2011 saya telah menghantarkan sms kepada Wan Farihah dan memberikan no akaun MBB saya untuk tindakan Wan Farihah. Saya juga ada menyatakan bahawa jika saya tidak mendapat semula wang RM350 yang ditipunya pada 24 Januari 2011 jam 3 petang, saya tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi (aduan kepada TTP). Wan Farihah telah membalas sms saya dan menyatakan bahawa urusannya dengan saya hanya RM350 dan akan memasukkan semula wang tersebut ke akaun saya. Wan Farihah juga ada mengatakan bahawa saya perlu menunggu peguam syarikat untuk mengetahui berapakah jumlah wang yang akan dipulangkan oleh LQSB. Wan Farihah juga ada menyatakan bahawa jika saya tidak dapat bersabar, saya tidak akan mendapat apa-apa bayaran balik yang telah dituntut. Wan Farihah juga meminta saya supaya tidak mengugutnya lagi, walhal itu adalah pertama kali saya menghantar sms kepada Wan Farihah.
Jam 3 petang, 24 Januari 2011, saya mendapati Wan Farihah masih belum memasukkan RM350 ke dalam akaun saya. Saya menghantar sms kepada Wan Farihah dan bertanyakan tentang hal tersebut. Wan Farihah membalas sms saya dengan menyatakan bahawa dia telah melakukan pemindahan melalui perbankan Internet CIMB Click. Wan Farihah menyuruh saya memeriksa akaun saya pada keesokan harinya atau pada hari berikutnya. Wan Farihah dengan angkuhnya menyatakan bahawa dia tidak ‘hadap’ terhadap wang RM350 tersebut.
Sehingga hari 26 Januari 2011 (Rabu), saya masih belum mendapat wang RM350 seperti yang dijanjikan oleh Wan Farihah dalam smsnya pada tarikh 24 Januari 2011. Saya telah menghantar sms untuk bertanyakan status pemindahan wang tetapi tiada balasan yang diterima dari Wan Farihah.
Oleh yang demikian, saya mengemukakan tuntuan yang berikut berserta alasannya:
Oleh kerana Loyal Quest Sdn Bhd gagal untuk menghantar pembantu rumah setelah bayaran pendahuluan dan dokumentasi lengkap diberikan, saya ingin menuntut semula bayaran pendahuluan sebanyak RM 4000, beserta semua dokumen yang diberikan untuk tujuan pengambilan pembantu rumah
Saya juga ingin menuntut semula RM350 yang telah dibayar kepada Wan Farihah Wan Chik diatas penipuan tentang kewujudan denda yang perlu dibayar di Jabatan Imigresen.


Alkisahnya...kes ni dah pun disebut di hadapan President TTPM on 10 March 2011. Alhamdulillah keputusan berpihak kepada aku and i was given Award utk diforwardkan kepada barua2 Dajjal ni untuk dptkan balik duit aku tu.


Dalam masa menunggu tu, aku makin rapat ngan Mel n Nur...sbb kitorang sama2 jadi mangsa lahanat ni...paling kesian Nur a sbb dia kena RM9K,while aku ngan Mel masing2 kena RM4K. Nak dijadikan cerita, aku yang sakit hati ni g la google nama pompuan melayu yang hidup ngan duit penipuan ni and find out dia pandai2 organise charity collection utk Rumah Seri Kenangan in year 2010. Aku pun tanpa bertangguh trus forward kan page tu pada tunang en Ayell for her info n further action (dia ni keje ngan JKM). I was told that pegawai2 JKM tu pun bengang bila tau pasal ni.


Tetiba datang la rasa jahat dalam diri ni...aku pun trus sms Nur




Me: Salam Nur, ley x copy paste pic love bird jahanam tu


Nur: u nak wat per?


Me: adalah....kira kita tolong orang lain aaa so that diorang x kena tipu ngan jahanam 2 eko ni!


Nur: Okey, nanti i send to your email.




Dan....Hasilnya.......












Muka x hagak2 macam pompuan baik kan....yang lelaki ni bf dia...ko tgk la jarak umo....dah mcm incest plak aku tgk!!! kitorang rasa si hazli ni master mind dia...yg si bahalol pompuan ni ...dsbbkan chenta, ikut jer apa lelaki ni suh buat...ntah2 hazli ni dah upah SERVICE baik punya, tu yg betina ni ngikut jer wat keje jahat!


So kesimpulannya....muka baik jgn percaya yer!!!!




Walaupun barua dajjal ni dah bayar RM350  yang dia kebas dari aku tu...x bermakna aku melepaskan dia macam tu jer...mengikut kata Nur...ramai lagik yang da tertipu ngan muka pompuan baik barua ni....MAKAN DUIT ORANG BABE! giler tollll....memalukan institusi wanita melayu n bertudung to si badigol soot ni! 


Mungkin orang kata aku saja nak tabur pasir dalam periuk nasik dia....tp babe...sendiri mau ingat ....periuk nasik tu pun dia curi babe....dia makan duit haram...dia makan duit orang lain yang bekerja berhempas pulas utk family...sedangkan dia..dok kat opis ekon, angkat tipon n kuarkan ayat2 sopan pompuan melayu terakhir n zaasss...ppl masukkan duit dlm account dia!!!! BASKET punya pompuan!!!!


So...korang2 yang nak amik maid ... better la buat search dulu plus check ngan Imigresen.


Melalui pengalaman aku setakat ni....memang x de pembelaan untuk kita yang teraniaya sebagai pemohon pembantu rumah ni..apa yang aku, Nur n Mel buat ni .... setakat daya yang termampu...walaupun dah berapa kali naik SSM, TTPM, IMIGRESEN...tu blum kira duit kluar utk 


  • postage
  • amik info compeni kat SSM
  • fee utk lodge case
  • fee untuk fail Objection to stike off compeni kat SSM (ni paling mahal RM120!!)
  • photostate copy 
  • setem
  • pos daftar
  • etc (seperti membeli air, makan n sebagainya sbb lapar menguruskan semua diatas)

ermm tu jer la....nanti aku akan sambung pulak cerita pasal ni....ha ha ha....blom abis lagik cerita babe....tunggguuuuuuu

19 comments:

  1. Discovery ChannelMay 9, 2011 at 1:57 PM

    i hope you get your money back. u & kawan you tu. cari je love birds tu sampai kelubang kubur.

    anyway, i ada send you email.

    ReplyDelete
  2. Hi u...thanks for your concern. Minah tu dah bayar duit i...but only the rm350. i nak balik yg RM4K tu....eeiii geram gile...

    mmg x patut i post details dia...tp i rasa...i x nak org lain pulak tertipu...

    tunggu...ada lagi yang i nak bongkar :-)

    ReplyDelete
  3. kawan sekolah saye nih....ke dia mangsa keadaan company die jek?

    ReplyDelete
  4. She was a very nice girl back in school. Quite religious also.I know her family n her parents as well. I don't think she is capable of doing this scams on her own.

    Maybe dia mangsa keadaan. I last jumpe dia kat KLCC few years back where she said she work as a account admin at nearby office.

    It's not a good thing you letak gambar die macam nih. Kalau die buat salah pon, biar pihak berkuasa jek buat tindakan.

    Feel bad for you dgn ape yg berlaku...at the same time i feel bad for her as well...erm..

    ReplyDelete
  5. Kak Fiza...
    I understand your concern on her..tp saya bukan saja seorang mangsa...ramai lagi cuma diorang x nak tampil kedepan..kalau seorang dua..ok...tp kalau lebih macam mana? n sumer sebut berurusan ngan dia.
    Memula saya mintak balik elok2 tp dia pulak bukan main bila balas sms saya...jd apa lgi jalan yang saya ada?
    RM4K pada org yang berada cuma la secoet nilainya...tp pada saya yang bukannla bergaji besar ni...perit jugak nak simpan RM4K tu...nak nak pulak atas niat nak bantu kurangkan beban kerja rumah ibu kat rumah...bila org buat mcm ni, tentula saya sakit hati..
    x per la kak...hanya saya yang tau apa yang saya alami semata2 nak daptkan balim RM350 tu. Akak doakan la kawan akak tu berubah.

    ReplyDelete
  6. Sorry, bukan niat saya nak menangkan dia..Langsung tak..Cume sy cube nak faham kenapa incident nih jadi. Kalau based on die yg saya kenal masa sekolah macam tak masuk akal. Tanye kat sape termasukla Chinese or Indian kat sekolah or even cikgu or ustazah2 semua mesti tak percaya die buat nih...

    Tapi tu la..Bende dah jadi kan. Kes tipu nih bukan boleh buat main kan..Kalau saya kene tipu macam awk, sy pon terkilan. Bg saya RM350 tu pon dah byk..Kalau jadi kat saya 4k,tak taula..

    Kalau betul niat die nak menipu, sy doakan die insaf la. Dan pada awak, sy doakan, moga Allah beri rezeki pada awk lepas nih; samada dari jalan yang awk sedar atau tidak . Positive k.Jgn putus asa atas ujian maupon nikmat Allah.

    ReplyDelete
  7. Thanks atas doa tu Kak Fiza. Well, people can change...perubahan yang kadang2 kita x jangka.

    ReplyDelete
  8. saya pun kena tipu dgn perempuan ni!

    ReplyDelete
  9. kawan saya pun kena dgn pompuan ni.. 2 org plak tu... mmg dia ni sah sah penipu...time nak duit tu mmg ckp mulut manis.. bila nak mintak duit balik mcm kita ni pengemis.. mmg kurang ajar sgt jawapan dia... maybe dulu dia mmg baik or pura2 baik... wallahualam... tapi mmg x baik aniaya org mcm ni.. kesian sgt2 kat kawan2 saya tu.. dah la ibu tunggal.. sape nak jaga anak kalau kena kerja.. dah la x dpt maid.. duit pun x dpt balik.. so beware la dgn pompuan ni.. moga tuhan balas secepat mungkin perbuatan dia ni.. aminnnn

    ReplyDelete
  10. Dear Anonymous
    Nasihat saya ialah guna saluran yg saya gunakan untuk dapat balik duit tu. Agak remeh tp Insya Allah boleh. Saya pun 2 kali kena bicarakan kes ni. Untuk pengetahuan, saya dah wat laporan ke SSM untuk object company ni dari ditutup. Objection ni sah sehingga bulan 4 thn 2012.
    Setakat ni....LQSB bayar ansur2 (boleh kan macam tu...mintak lump sum...bayar ansur2...xde interest plak tu!!!)
    Kesian your friend, kalau dia perlukan bantuan, ask her to contact me. Btw...doa org2 teraniaya kan makbul....kita mintak jer la pada Allah yer

    ReplyDelete
  11. Salam to all,

    This lady is a true culprit...bila nak ambil duit kita..bahasa selembut lidah...tapi bila kita nk mintak duit kita balik...bahasa dia...kurang ajar tak ingat punya...in fact dia yang janji to give back the money if fail to supply the staff...and bila kita mintak duit balik...tak habis2 stress on "to follow the procedure"...procedure amende nya...kalau nak berniaga...kenalah keluarkan modal sendiri...bukan guna duit orang/client untuk buat rolling capital...so when you fail to fulfill the requirements...pulangkan jelah duit tu...

    boleh eh..dia ckp jumpa kat akhirat nnt...(refer back to older post in this web)...macam tak bersalah ape2 jekan...dia yang tipu duit orang , makan duit orang...tak berdosa ke tuh??? tak habis belajar agama agaknya...
    in fact ..semua ciri2 utama orang munafik ada pada dirinya...hai..feel so bad..when ade, malay muslimah yang "bertudung" plak tuh...can do this kind of scam...mungkin hatinya dah tertutup untuk hidayah sbb dah byk sgt makan duit tipu ni agaknya...wallahua'lam..

    ReplyDelete
  12. Salam Azlina,

    Yeap..mmg dia kurang ajar...benci btul deal ngan dia bila nak mintak duit balik...dah la bayar ansur2 pastu kurang hajar plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there,

      Looks like many people have been cheated and I am about to become one more in the statistics. Appreciate any help or advice. Thank you.

      Delete
    2. Hi Sonyericssonkl

      I believe i have provide the information as well as procedures in this post. the most important thing is u have to have the proof of money transaction. the police report is just as a procedure (the police will do nuthing for a small amount scam..trust me).last resort is the Tribunal

      Delete
  13. saya pon terkena ngan dia ni.... sya dah sebarkan kat FB gambar2 dia.... org taiping rasanya...

    ReplyDelete
  14. I'm Tracy. I'm interested 2 know more abt LQSB. Plz sms 2 me so tat i cn call u. my num 016-8696904. Tqvm..

    ReplyDelete
  15. Hi Tracy
    Im no longer in contact with this company therefore nuthing much i can share with you except with what i have written here. do you currently in contact with this company?

    ReplyDelete
  16. Hi,
    My family in law also kena tipu with this company, My IL family dari Filifino, so they all buat permohonan visa dekat LQSB, WAN FARIHAH & WAN FARAHANA cakap yang nama my SIL dah bayar 3000 & my BIL pun dah bayar 3000 .. so bila tanya semua dalam proses.. may be WAN FARIHAH ingat dia jer yang pandai kot.. hari khamis 18/4/2013 saya call WAN FARIHAH so kami ckp baik baik la.. promise nak jumpe kat opis dia, dia tanya saya kenapa nak jumpe .. pastu saya ckp saya nak ccheck permohonan yang SIL & BIL buat dengan LQSB sebab bila saya pegi ke Imigrasen check tak de langsung permohonan yang dia buat.. nama diorang tak de pin kat system imigrasen. so hari sabtu lepas 20/4/2013 saya pegi ke office dorangdekat wisma central sebelah klcc.. sampai jer kat opis .. opis dia tutup..
    tunggu baru ade 2 org staff dia datang baru buka pintu.. sebelum buka pintu tanya kitaorg ade urusan ape datang...pas bagi masuk dalam sampai office nak tutup pun WAN FARIHAH mmg tak show up langsung,..dia mmg kurang ajar..

    ReplyDelete
  17. hi
    I have my brother whose currently on process his work permit, we've already paid RM 3,500 and its already been 9 mos now and we still don't know what's the status. I think we've been cheated because every time we call, she or they will not answer or would say these lines "I'm driving" "In the hospital" "Im low batt" etc etc.. We're losing hope for until now my brother couldn't get any jobs because he hasn't a permit yet.. What shall we do?

    ReplyDelete