Sessi perbualan ngan Bonda Hajah kat meja makan ....
Bonda Hajah : Ari tu masa kenduri cukur jambul Auntie Jay, nampak anak dia..si Jasmine (sambil membelek bunga dari buah pinang untuk hantaran)
Aku-yg-blur-di-sebelah-bondaku : Owh
dlm ati dok tertanya-tanya..apa pulak topik Bonda Hajah ni ari ni??????
Bonda Hajah: Kenmain cantik badan dia....mcm anak dara. Dah ada anak sorang...tp body still cantik...perut pun x nampak..
Aku-yg-blur-di-sebelah-bondaku : ermmm tgk keturunan kot
Bonda Hajah: Si Sri tu pun x susut lepas bersalin..
Aku-yg-blur-di-sebelah-bondaku: Dia mana sempat nak susut...dah lekat lagik sowang...lagipun cam oang kata la...tgk keturunan...
Bonda Hajah: Ermmm org skang ni bukan susah nak kurus...ubat ada, gym ada, makanan kesihatan banyak...kalau ada duit lebih..gi spa ker..pusat pelangsingan ker...senang...x de mcm dulu.
Aku-yg-blur-di-sebelah-Bondaku: Ala Ma...lelaki...kalau bini cantik setara mana pun...kalau dia nak carik lain tetap carik lain jugak
Bonda Hajah: aku x cakap pasal lelaki...aku cerita pasal bentuk badan
Aku-yg-blur-di-sebelah-bondaku diam terkedu tak berkata
Walhal dlm pala otak...ligat memikir..apa motif sebenar Bonda Hajah ni???????????
Adakahbondaku ...dalam nada manis memberitahu bahawa diri ku GEMUK???????????????
HUUUUUUUUUUUUUUUUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
No comments:
Post a Comment